Selasa, 7 Januari 2014

Sains Tahun 4: Haiwan melindungi diri daripada cuaca melampau

Perlindungan Haiwan daripada Cuaca Melampau

1. Haiwan hidup dalam pelbagai habitat.
2. Sesetengah habitat mempunyai cuaca yang melampau seperti terlalu panas atau terlalu sejuk.
3. Haiwan yang hidup dalam habitat ini mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas yang melindungi mereka daripada cuaca yang melampau.

Haiwan dalam Cuaca Terlalu Sejuk
1. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu sejuk adalah seperti beruang kutub, penguin, anjing laut, musang artik dan ikan paus.
2. Beruang kutub dan musang artik mempunyai bulu tebal di badannya.
3. Bulu yang tebal bertindak seperti selimut bagi menghangatkan badan mereka.



4. Penguin, walrus, ikan paus dan beruang kutub mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit mereka.
5. Lapisan lemak yang tebal ini menghalang kehilangan haba daripada badan mereka. 




6. Kebanyakan haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu sejuk mempunyai telinga yang kecil yang menghalang kehilangan haba.


7. Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan seperti burung layang-layang, itik liar dan egret berhijrah ke kawasan yang lebih panas. 
8. Tabiat ini dapat mengelakkan diri mereka daripada cuaca yang terlalu sejuk di kawasan asal mereka.
9. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan haiwan ini berhijrah.
10. Dengan berhijrah, mereka tidak akan mati kelaparan atau kesejukan.




Hidup dalam Cuaca yang Terlalu Panas

1. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu panas adalah seperti unta, musang gurun, badak sumbu, biawak komodo dan tikus.
2. Unta mempunyai bonggol di belakang badannya bagi menyimpan makanan dan air.
3. Unta juga boleh minum banyak air pada satu masa.
4. Unta juga mempunyai bulu untuk melindungi badannya daripada bahang matahari pada waktu siang.


5. Musang gurun mempunyai telinga yang panjang.
6. Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan dengan mudah. 


7. Kebanyakan haiwan gurun menyorok di tempat teduh atau di dalam lubang bawah tanah pada waktu siang untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik. 
8. Haiwan ini akan keluar mencari makanan pada waktu malam.


9. Ketika hari panas, badak sumbu berkubang dalam lumpur untuk menyejukkan badan.

70 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Adakah unta boleh hidup selain daripada gurun panas

    BalasPadam
  3. Adakah unta boleh hidup di kawasan selain kawasan gurun panas.mengapa?

    BalasPadam
  4. Kalau lembu boleh hidup kat kawasan yg sejuk tk

    BalasPadam
  5. Pada pendapat anda bolehkah unta hidup selain daripada gurun panas?huraikan.

    BalasPadam
  6. Pada pendapat anda bolehkah unta hidup selain daripada gurun panas?huraikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA TAK TAU, TAPI SAYA PERNAH TENGOK DI GURUN PERNAH TURUN SALJI

      Padam
  7. I didn't even understand 😂

    BalasPadam
  8. Adakah sesumpah berhibernasi ?

    BalasPadam
  9. musang gurun mempunyai telinga panjang .Berikan satu sebab mengapa musang gurun memerlukan ciri khas itu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. SUPAYA BANYAK HABA DI DALAM BADANNYA DAPAT DIBEBASKAN KELUAR.
      KALAU TAK DI ASYIK BERPELUH JEEEE.....

      Padam
  10. Sye ok lh sikit phm tp kalau hippo plk die berendam atau berkubang

    BalasPadam
  11. Sye phm sikit tp sye nk tnye kalau hippo dia berkubang atau berendam

    BalasPadam
  12. ASSALAMUALIKUM, CIKGU. APAKAH TINGKAH LAKU KHAS BAGI HAIWAN YANG HIDUP DI KAWASAN YANG CUACANYA TERLALU PANAS?
    (TAK ADA AIR DI KAWASAN TERSEBUT)

    BalasPadam
  13. LAGI SATU CIKGU, APAKAH TINGKAH LAKU KHAS BAGI HAIWAN YANG TINGGAL DI KAWASAN YANG CUACANYA TERLALU SEJUK SEPERTI SINGA LAUT, WALRUS DAN PENGUIN?

    BalasPadam
  14. Kalau haiwan tu ialah haiwan imaginasi boleh ke?. 😊

    BalasPadam
  15. Apa haiwan yang berbonggol selain unta?��

    BalasPadam
    Balasan
    1. tikus gurun - berbonggol pada hujung ekor.

      Padam
  16. Angsa salji macam mana berlindung daripada cuaca melampau

    BalasPadam
  17. Bagaimanakah flamingo berlindung dari cuaca melampau??

    BalasPadam
  18. apakah perlakuan seekor musang ketika musim sejuk?

    BalasPadam
  19. musang tu happy je sbb dia musang salji...

    BalasPadam
  20. macam mana jerung melindungi diri dari cuaca yg melampau

    BalasPadam